Aug 8, 2012

Aku bukan tulang rusuk kirimu

Aku tahu kau masih membace laman ku. Aku tahu kau masih berharap. Jauh sekali niat dihati nak melukakan sahabat yg terlalu dekat dengan kita. Namun langkah ini ku ambil kerana aku x mau melukakanmu dgn lebih teruk lagi. Mungkin ini yang terbaik. Aku bukan pandai bermadah. Cuma menyusun kata demi menjaga hati. Kite berdua tau kebenaran dan hakikat. Aku xnk jatuh hati sbb simpati. Lebih teruk keadaannya nanti. Kau mampu melihat yang lain. Cume kau yang x mahu melihat yang lain. Kau tahu hakikat ini. Aku tahu kau tahu. Jangan tutup mata hatimu yang terang itu. Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui, tanyalah soalan yang betul, jawapannya ada. Memang benar katamu belum tentu dia jodohku, tapi sekurang-kurangnya aku setia pada yang satu. Aku cuma ada satu hati, dan aku hanya mampu beri seorang sahaja hatiku. Dan kau bukan orang itu. Biarlah aku setia. Lepaskan aku. Maafkan aku.

No comments:

Post a Comment

Leave A Comment>>>say what's on your mind..n_n

like!!n_n

Say My Name

click!